News

Home / News
Tips Beli Rumah Pertama Korang Kena Tahu!

Tips Beli Rumah Pertama Korang Kena Tahu!

TIPS BELI RUMAH PERTAMA KORANG KENA TAHU! ????????
.
1. CEK KELAYAKAN LOAN

Kat sini, korang kena jelas berapa harga rumah under bajet korang, nak rumah landed/strata dan kawasan pilihan korang. So, senang la saya nak cek kan dalam listing nanti yang sesuai dengan bajet korang kan. Untuk PEMBELI RUMAH PERTAMA, korang layak dapat pinjaman 100% mengikut syarat yang ditetapkan pihak Bank. Haa, korang isi form ni je senang.
KLIK JE UNTUK SAYA CONTACT KORANG ???????? https://forms.gle/9dsQScJqmZRCtJg46

2. DEPOSIT RUMAH. PERLU KE?

Kalau korang tanye saya, kena ke sediakan deposit (utk rumah subsale)? Jawapan saya : BERGANTUNG! Haa, deposit ni selalunya 10% daripada harga rumah. So, samada korang ada saving yang cukup untuk bayar deposit, atau korang boleh buat pengeluaran akaun ke- 2 KWSP untuk cover deposit tu masa sign SPA/SNP dengan lawyer nanti. Bagi yang tak cukup (saving/KWSP akaun 2), takpe, saya boleh bantu untuk penyelesaian :)

3. LANDED KE NON-LANDED UNIT?

Landed unit ; Teres setingkat/2 tingkat/ Semi D,
Non-landed ; Kondominium, flat, apartment

So, mana pilihan korang? Kalau yang masih muda & bujang, nakkan privacy, non-landed/strata unit pun ok. Di samping harga yang tak mahal ikut kesesuaian bajet bulanan, korang pun boleh dapat unit yang cun di tengah bandar. Untuk yang dah berkeluarga, kalau mampu, beli rumah landed. Unit landed tak semestinya mahal. Korang boleh pilih untuk beli unit teres kos sederhana rendah/kos rendah yang harga bawah RM 250,000 (anggaran harga di JB) yang mempunyai 2 atau 3 bilik.

4. PILIH KAWASAN/LOKASI STRATEGIK

Haa, yang ni antara yang terpenting! Korang kena pandai pilih lokasi unit yang korang nak beli tu. Selain ada banyak kemudahan, korang kena fikir jugak jarak dari rumah ke tempat kerja. So, takde la korang amik masa sampai sejam nak sampai office kan. Cumanya, kena la ingat, harga rumah yang berdekatan dengan bandar atau mempunyai akses fasiliti yang banyak akan lebih tinggi sedikit.

5. PILIH PERUNDING/EJEN HARTANAH BERDAFTAR

Seringkali kita baca kat media sosial tentang kes pembeli terciduk bila kena tipu dalam proses beli rumah. Antara yang terutama, pastikan individu yang anda berurusan tu memang sah perunding/agen hartanah berdaftar di bawah syarikat hartanah berdaftar dengan LEMBAGA PENTAKSIR, PENILAI & EJEN HARTA TANAH (LPPEH) MALAYSIA. Paling senang, korang boleh minta agen tersebut kemukakan REN tag yang dibekalkan LPPEH dan boleh cek no. REN tag tersebut di website LPPEH untuk tahu samada individu tersebut berdaftar atau tak.

HAA, SO APA TUNGGU LAGI? BERTINDAK SEKARANG UNTUK MILIKI KEDIAMAN IDAMAN KORANG!

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK PERTANYAAN :

https://wa.link/niw1pw

???? 0197402435


Contact Us Now