News

Home / News
Debt Service Ratio (dsr)

Debt Service Ratio (dsr)

Debt Service Ratio (DSR)

Debt service ratio (DSR) ni dalam bahasa mudahnya ialah nisbah hutang kepada pendapatan bersih.

Contohnya En Ahmad mempunyai bayaran installment bulanan sebanyak RM1500 dan berpendapatan bersih sebanyak RM3000 sebulan.

DSR atau nisbah hutang En Ahmad ialah 50% (1500 / 3000).

Daripada DSR ni lah bank dapat lihat sebanyak mana pendapatan tuan puan digunakan untuk membayar pinjaman.

Dalam kata lain, bank nak nilai sama ada kalau beri pinjam, peminjam tu boleh bayar balik atau tak.

Bergantung kepada profil kewangan, bank mempunyai had DSR untuk setiap peminjam.

Kalau En Ahmad dalam contoh tadi DSR nya 50% dan bank hadkan DSR maksimum beliau pada 50%, En Ahmad dah tak boleh buat pinjaman tambahan.

---------------------------------------------------------------------------

CARA KIRA KELAYAKAN PINJAMAN PERUMAHAN

Formula untuk kira DSR adalah seperti berikut:

DSR = (Komitmen bulanan semasa + installment rumah baru) / pendapatan bersih

Komitmen bulanan semasa merujuk kepada bayaran hutang bulanan yang sedia ada. Ini termasuklah:

- Pinjaman kereta
- Pinjaman peribadi
- PTPTN
- Pinjaman rumah
- Pinjaman ASB
- Kad kredit
- Lain-lain

---------------------------------------------------------------------------
CONTOH KIRAAN INSTALLMENT RUMAH DAN KELAYAKAN DSR

Gaji bersih En Ahmad = RM 2900
Kereta = RM300

IR = Harga Rumah / 200

IR = RM200,000 / 200 = RM1000

DSR = (Komitmen bulanan semasa + installment rumah baru) / pendapatan bersih

= (Kereta RM300 + RM1,000) / RM2,900

= 44%

DSR En Ahmad sebanyak 44% adalah lebih rendah daripada had DSR bank sebanyak 60%. Permohonan En Ahmad akan diterima.

Berikut merupakan kadar DSR Bank- Bank di Malaysia.

NAK SAYA SEMAK KELAYAKAN PINJAMA PERUMAHAN ANDA? KLIK WHATSAPP LINK DI BAWAH : ????????????

https://wa.link/2aeuga


Contact Us Now